UCAPAN ALUAN PENGERUSI JKKK


Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatu...

Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnia Nya, Kampung Panchor berjaya menempuh arus kemodenan dalam dunia perkembangan Teknologi Maklumat masa kini dengan tertubuhnya Laman Web Kampung Panchor ini.

Menerusi Laman Web Kampung Panchor, saya berharap ianya akan dapat memberi manfaat kepada penduduk Kampung Panchor khasnya, dan kepada Warga Malaysia amnya dalam menyampaikan perkembangan terbaru yang terdapat di Kampung Panchor.

Usaha dan penat lelah yang telah dilaksanakan oleh seluruh barisan ahlijawatankuasa JKKK bersama sokongan dari seluruh penduduk Kampung Panchor diharap akan berbalas dengan kejayaan bersesuaian dengan motto "BERSATU  BEKERJASAMA  AMANAH"

Akhir kata, selamat melayari Laman Web Rasmi Kampung Panchor.

Sekian, terima kasih.

HJ Borhan bin Maaras
Pengerusi JKKK
Kampung Panchor
76100 Durian Tunggal
Melaka
Share:

KAMPUNG GDW 3.0

KAMPUNG GDW 3.0

HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI

LOGO KAMPUNG

LAGU KAMPUNG

VIDEO KORPORAT

JUMLAH PENGUNJUNG