SEJARAH KAMPUNG

Kampung Panchor adalah sebuah perkampungan tradisional yang telah lama wujud. Kampung Panchor mendapat nama sempena nama sebuah bukit yang di panggil Bukit Panchor. Sebelum ini Kampung Panchor dikenali dengan nama Solok Duku oleh masyarakat asal yang menerokai kampung ini. Satu ketika dahulu, penempatan penduduk kampung berada di sekitar atau lereng Bukit Panchor yang mempunyai mata air yang banyak untuk minuman dan khazanah tumbuhan yang berada di atas Bukit Panchor ini telah menjadi sumber rezeki penduduk pada masa itu.

Apabila tiba musim kemarau, penduduk kampung bergantung sepenuhnya kepada sumber anak air yang mengalir dari atas Bukit Panchor untuk minum, bercucuk tanam dan keperluan seharian. Memandangkan pada musim kemarau sumber air amat terhad, maka sebuah saluran telah di buat oleh penduduk Solok Duku secara bergotong royong dengan menggunakan buluh di mana air tersebut di salurkan ke satu tempat. Dengan adanya pancuran air ini, masalah air kepada penduduk pada masa itu telah dapat di atasi.

Dengan wujudnya pancuran air inilah, maka kampung ini di beri nama KAMPUNG PANCHOR.
Share:

KAMPUNG GDW 3.0

KAMPUNG GDW 3.0

HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI

LOGO KAMPUNG

LAGU KAMPUNG

VIDEO KORPORAT

JUMLAH PENGUNJUNG