INFORMASI KAMPUNG


Kampung Panchor adalah kampung tradisional yang telah di beri nama oleh orang yang terdahulu tinggal di kawasan ini. Jauhnya dari Bandar Melaka adalah lebih kurang 22.5 km. Jarak dari kampung ini ke pekan Alor Gajah adalah lebih kurang 6.5 km.Manakala jarak kepekan Duran Tunggal juga lebeh kurang 6.5 km.Kampung ini terletek di tengag tengah antara  pekan Alor Gajah dan pekan Durian Tunggal.
Kampong ini terletak di dalam pentabaran Daerah Alor Gajah dengan keluasan tanah lebeh kurang 188.5Hektar (466ekar) Terdapat dua mukim di dalam pentabaran kampong ini ia itu mukim Melaka Pindah dan mukim Beringin.Jumlah keluasan tanah untok mukim Melaka Pindah lebeh kurang 79.3 Hetar (196 ekar) manakala Mukim Beringin 109.2 Hetar (270 ekar)
Perhubongan Kampong ini dengan Bandar dan pekan pekan adalah melaluai jalan darat. Jalan yang menghubungai dari pekan Durian Tunggal ke pekan  Alor Gajah adalah menjadi jalan utama bagi kampong ini. Terdapat lapan nama jalan jalan telah di berikan nama bagi memudahkan urusan surat menyurat dan lain lain urusan. Nama nama jalan adalah seperti berikut
1.Jalan Makmur
2. Jalan Indah
3.Jalan Damai
4.Jalan Jaya
5.Jalan Aman
6.Jalan Sentosa
7.Jalan Harmoni
8. Jalan Maju
Kampong panchor mempunyai sebanyak 162 buah rumah dengan jumlah penduduk seramai 796 orang yang terdiri daripada melayu 701 orang cina 8 orang india  87 orang, hubongan diantara kaum ada lah sangat baik dan saling bantu membantu di antara satu sama lain. Purata perkerjaan penduduk kampong ini terdiri daripada  kaki tangan awam /kilang /pertanian dan berkerja sendiri.

Kampong Panchur telah mendapat hamper 90% kemudahan asas yang diperlukan dan matlamat kami ingin menjadikan Kampong Panchor sebagai Kampong contoh/aman /makmor dam maju suatu hari nanti amin.


Share:

KAMPUNG GDW 3.0

KAMPUNG GDW 3.0

HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI

LOGO KAMPUNG

LAGU KAMPUNG

VIDEO KORPORAT

JUMLAH PENGUNJUNG