UCAPAN YB ADUN DURIAN TUNGGAL



Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada JKKK Kg Panchor di atas kejayaan membina Laman Web Rasmi Kg Panchor. Saya yakin bahawa laman web ini mampu menjadi gerbang penyebaran maklumat terkini yang telah dan sedang dirancang oleh kepimpinan JKKK Kg Panchor kepada semua lapisan masyarakat khususnya kepada komuniti Kg Panchor.

Sebagaimana kita semua sedia maklum, tahap pembangunan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) amatlah ketara dirasai kerana kini ianya mampu dilayari di mana mana sahaja pada bila bila masa oleh semua golongan usia. Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya laman web dalam memainkan peranan sebagai pusat rujukan yang menyediakan segala macam maklumat terkini di samping dapat pula menerima sebarang feedback atau cadangan dari orang ramai bagi memastikan tahap kepimpinan JKKK sesebuah kampung berada di landasan yang baik dan betul.

Adalah menjadi harapan saya, agar semua JKKK yang berada di DUN Durian Tunggal khasnya dan JKKK seluruh Malaysia amnya, mencontohi JKKK Kg Panchor dengan membina laman web kampung masing masing.

Semoga usaha murni ini akan memberi manfaat kepada kita semua di dalam memacu negara Malaysia yang tercinta mencapai status Negara Maju pada tahun 2020 nanti.

Sekian, Terima kasih.

YB Datuk Hj Ab Wahab bin Hj Ab Latip
Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan Durian Tunggal
Negeri Melaka
Share:

KAMPUNG GDW 3.0

KAMPUNG GDW 3.0

HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI

LOGO KAMPUNG

LAGU KAMPUNG

VIDEO KORPORAT

JUMLAH PENGUNJUNG